Miza Azura Tersingkir | Betul-betul Pilih Kasih Ke?

Seperti biasa pada malam Ahad keluarga Belalang tak pernah lepaskan untuk menonton pentas Pilih Kasih (PK). Tujuannya adalah untuk memberi sokongan dan juga melihat Miza Azura Membuat persembahan.


Namun langkah Miza Azura dalam PK terhenti sampai di sini saja apabila Miza diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu ini. Agak terperanjat juga kami semua apabila nama Miza diumumkan tersingkir kerana sebelum ini Miza tidak pernah berada pada kedudukan 3 terbawah. Namun seperti juga Miza, kami yang selama ini menyokongnya juga menerima dengan akur keputusan penyingkiran itu.

Cuma agak terkilan kerana ada beberapa sebab yang kami rasakan seolah-olah PK menipu mengundi-pengundi peserta mereka. nak tahu tipu yang macam mana? baca tulisan dalam print screen ini-



Sekiranya benar bagai yang didakwa, sememangnya kami termasuk Belalang yang menghabiskan duit mengundi peserta PK telah ditipu oleh PK. Untuk apa dibuat format undi sekiranya segala keputusan terletak di tangan Rosyam?

Sudah la Mutu rancangan yang sangat teruk (audio yang tenggelam timbul), sampaikan keputusan undian pun nak tipu sudah dikira melampau tu!

Walau bagaimana pun, Belalang dan Mrs.Belalang mengucapkan tahniah kepada Miza kerana telah berjaya melakukan yang terbaik setiap minggu. Jangan risau dengan keputusan tersingkir kerana Belalang berpendapat Miza mempunyai bakat yang baik untuk terus menyinar dalam dunia lakonan.

Terima kasih kerana membaca...

** Sedang siap-siap nak bawa Mrs.Belalang scan jantina bayi kami. Agak-agak laki ke perempuan? :)

Ulasan

  1. tak adil la..kalau gitu baik tak payah undi..
    rosyam nor terlupa gamaknya yang kuasa ditangan pengundi..bukan nya dia..

    BalasPadam
  2. ala..x per...ada ramai yg x ke final n x menang dlm realiti programme nih tpi lebih famous n byk tawaran drp yg menag tuh...if ada bakat jdn risau yer..good luck untuk Miza Azura..jaga disiplin n tatasusila anda...

    BalasPadam
  3. salam belalang..hu2x..mama `bzzz terlampau` ni..ehem tak sangka camtu cara diaorg dlm PK..miza masih muda & berbakat..tak menang dlm PK tak semestinya tak berjaya..cari peluang yg lain..semuga miza terus melangkah kehadapan..

    BalasPadam

Catat Ulasan