Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 1, 2012

M. Nasir Di MONrods Kulim

Imej
M. Nasir live in Kulim! kepada peminat-peminat sifu M. Nasir, jangan lepaskan peluang untuk melihat secara live persembahannya di Restoran MONrods Kulim pada 28 Januari 2012. sebenarnya ini adalah kunjungan kedua M. Nasir ke restoran berkenaan dimana persembahan sebelum ini diadakan pada bulan November 2011 (kalau tak salah la). Di bawah beberapa keping gambar persembahan M. Nasir di MONrods pada kunjungannya yang pertama dahulu. Semua gambar ini Belalang ambil di FB MONrods Kulim- Kepada yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini, sila berhubung terus dengan restoran ini atau klik pada tulisan MONrods yang berwarna biru pada perenggan pertama. Terima kasih kerana membaca... ** Belalang ada seorang makcik yang minat sangat-sangat dengan M. Nasir. Kalaulah mampu bawa dia ke sini :)

Pekena Briyani Di Hari Jumaat

Imej
Assalamualaikum dan selamat berhari Jumaat semua. Lunch nanti makan apa? kalau lepak di kedai-kedai mamak, biasa hari Jumaat mereka akan menghidangkan satu menu istimewa iaitu 'nasi briyani' . Ada juga sesetengah kedai nasi kandar yang sememangnya menyediakan nasi kandar sebagai menu harian mereka. Semenjak berbadan dua, Mrs.Belalang suka sangat pula makan nasi briyani. Baru-baru ni Belalang bawa Mrs.Belalang pekena nasi briyani Kapitan Keling di Bandar Perda. Kebetulan kami ada kerja di sekitar situ. Briyani ayam Kapitan Keling Restoran Kapitan Keling ni asalnya sudah tentulah dari Penang, Jalan Masjid Kapitan Keling. Yang di Perda ini adalah cawangannya. Sememangnya menu istimewa di restoran nasi kandar ini ialah 'claypot briyani' . Tapi pada hari tersebut Belalang tak pekena nasi briyani. Belalang order Nasi Milani Ayam. Untuk mereka yang tak tahan pedas macam Belalang, memang sesuai makan nasi ni. Enak berkrim dan tidak pedas! Hehehe... Milani Ayam Selesai

Kejutan Budaya?

Kebelakangan ini jika singgah ke mana-mana blog, banyak kisah tentang 'kejutan budaya' yang mungkin menimpa beberapa pelajar kita yang sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ala, macam beberapa keping gambar yang tersebar di internet baru-baru ni. Dari bertudung, terus tudung hilang, dari elok-elok sebagai lelaki sejati, terus bertukar jadi 'auww' siap kahwin sejenis lagi. Apa itu kejutan budaya? Jika rujuk kepada Wikipedia Bahasa Melayu , huraiannya seperti di bawah ini. Belalang copy bulat-bulat tanpa edit dan menokok tambah (yang sebenarnya malas nak taip sendiri)- Kejutan budaya merupakan istilah yang digunakan bagi menggambarkan kegelisahan dan perasaan (terkejut, kekeliruan, dll.) yang dirasakan apabila seseorang terpaksa duduk dalam kebudayaan atau persekitaran sosial yang berlainan sama sekali, seperti ketika berada dinegara asing. Ia timbul akibat kesukaran dalam asimilasi kebudayaan baru, menyebabkan kesukaran bagi mengenali apa yang wajar dan tida

Back To School

Imej
Tajuk dah bunyi macam filem lawak lakonan Stepen Chow , Fight Back To School . Tapi tajuk di atas itu Belalang tujukan khas kepada adik-adik yang memulakan sesi persekolahan mereka hari ini. Untuk negeri Kedah, sesi persekolah telah bermula kelmarin. Belalang berpeluang untuk menghantar anak saudara Belalang ke hari pertama persekolahannya kelmarin. Siapa lagi anak saudara Belalang tu kalau bukan blogger 'Dunia Tanpa Bayangan' (DTB). Anak saudara Belalang ini baru sahaja memasuki sekolah menengah tingkatan 1. Memandangkan keputusan UPSR yang cemerlang iaitu 4A dan 1B, maka dia telah ditawarkan untuk belajar di salah sebuah sekolah yang  terbaik dalam kawasan Kulim ini. Biasanya di hari pertama persekolahan, ibu bapa semestinya akan berada di sisi anak-anak, bimbang kalau-kalau ada sebarang urusan yang terlupa atau belum diselesaikan, jadi boleh dibereskan. Begitu juga Belalang dan Mrs.Belalang, kami menemani Qayyum (nama pena DTB) hingga segala urusan selesai. Setelah

Zoo Taiping Punya Cerita

Imej
 Lain yang dirancang, lain pula yang dibuatnya. Itulah yang telah berlaku pada Belalang sekeluarga pada 25 Disember sudah. Lain perancangan awal, lain pula yang jadi. Pada mulanya Belalang telah berpakat dengan kakak dan Mama Belalang untuk memenuhi majlis perkahwinan seorang pelanggan kedai yang telah menjemput kami seisi keluarga. Maka, Belalang dan Mrs.Belalang pun bersiap-siap untuk ke majlis tersebut. Setelah kami siap, Belalang mengarahkan Mrs.Belalang untuk menghubungi Kakak Belalang untuk bertanyakan samada dah siap atau belum. "Mau tak kita pi Zoo Taiping?"... La... Tiba-tiba pula tukar plan nak ke zoo? Biar betul. Waktu Kakak Belalang tanyakan soalan tu, jam baru melewati pukul 3 petang. Setelah berbincang sesama kami laki bini , keputusannya Belalang bersetuju untuk ke Taiping. Bukan apa, Belalang Jr. pun belum pernah sampai ke sana. Jadi rasanya ok juga luangkan masa yang ada ni ke sana. Dipendekkan cerita, dalam pukul 5 petang kami pun tibalah di Zoo

Kemaruk Bercinta?

Imej
Ni satu print screen masej di cbox blog SBT. Nampak tak apa masej yang ditinggalkan? Kalau tak nampak, mari Belalang tolong taip semula apa yang ditulis- xxx: saye nk berkenalan seorang gulz y setia...ade x??law ade col xxx-xxxxxxx..gulz only....bru lpaz putuz dgn kekasih... (07:56 PM) xxx: owg n9 jer k... (07:58 PM) Macam-macam la orang muda sekarang ni. Tukar pasangan macam nak tukar baju. Hari ni hilang, esok berganti baru, lusa tukar lagi. Yang menyebabkan Belalang tak tahan nak ketawa, siap beri nombor telefon lagi... Hahaha Belajar la bagi habis sekolah dulu. Cinta tak payah dicari kerana satu hari nanti datangnya dengan sendiri. Betul ke? Entah, Belalang agak saja. Hahaha

Nak Header?

Kata orang selain daripada nama blog yang unik, penuulisan yang baik, header blog yang menarik mampu membuat pembaca mengingati sesebuah blog itu. Bagi Belalang sendiri pula, Belalang memang mudah untuk mengingati sesuatu blog itu jika header dia menarik. Mukadimah di atas itu sebenarnya Belalang nak tujukan kepada header blog Belalang ini. Cantik tak? hehe... mesti la cantik sebab bukan Belalang yang design! Kalau Belalang yang design sure buruk ya amat. Header di atas tu, empunya yang design kepada Belalang tak lain dan bukan si budak pelangi tu la atau dalam nama 'omputihnya' Rainbow Cloudy . Sebenarnya header di blog Suara Bawah Tanah tu pun hasil sentuhan kreatif budak rain (panggilan Belalang pada dia). Pendapat Belalang, budak rain ni memang kreatif. Kalau tak percaya, cuba anda baca setiap entry di blognya. Serius, memang best dan tak bosan. Rain memang menerima tempahan untuk buat header. Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmatnya, sila-sila la hubungi di