Nyonya Tua Pada Pukul 3 Pagi
Gambar hiasan. Carian Google "Kawasan ni kalau hang mai pukul 12 tengah malam, hang boleh jumpa sorang orang tua dok jalan sorang-sorang. Orang tua tu penjaga kawasan ni" Kata-kata seorang kawan baik Belalang ketika zaman sekolah dahulu. Kisah itu telah diceritakan oleh sahabat Belalang hampir berbelas tahun lalu. Hingga ke hari ini setiap kali melalui kawasan perumahan yang diceritakan oleh sahabat Belalang tersebut, otak Belalang akan kembali berputar teringat pada kisah itu. Bukanlah takut atau apa, cuma terfikir juga benarkah apa yang diceritakan oleh kawan Belalang tentang hal itu? Atau hanya sengaja diada-adakan untuk menakutkan Belalang? Ya, itu yang sering Belalang fikirkan. "Tipulah cerita tu... aku dok lalu jalan ni puluh-puluh tahun dah, tak pernah jumpa apa-apa pun"... Ahad yang lepas, Belalang melalui jalan tersebut untuk menghantar kakak dan anak-anaknya pulang ke rumah setelah kami keluar makan malam bersama. Jam menunjukkan hampir ke pukul 3: