Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 1, 2012

Gambar Penampakkan Kelibat Putih | Seram!

Imej
Baru-baru ini Belalang singgah makan malam di satu kedai makan berhampiran tempat tinggal Belalang, Kulim. Belalang memang biasa dengan kedai ni. Selain selesa, makanan yang dimasak sedap-sedap juga. Dan seperti biasa sementara hidangan yang dipesan sampai, dengan menggunakan telefon bimbit 'cap ayam', Belalang tangkap beberapa keping gambar Belalang Jr. Gambar pertama, ok... Gambar kedua, ok... Namun pada gambar ketiga yang dirakam, Belalang berjaya merakam sesuatu yang aneh di Belakang Belalang Jr. Pelik juga Belalang dengan gambar yang satu ni. Cuba anda lihat, mungkin ada boleh meneka apakah ia. - - - -     Belalang Jr. asyik menonton Majalah 3 Sampai tenganga mulut! Gambar yang menjadi misteri Jika anda berfikir kelibat di belakang itu adalah orang yang sedang berjalan, sememangnya anda dah salah. Memang bukan orang. Lagi pun sekiranya itu orang, mengapa hanya ada bahagian atas? mana kakinya? Misteri tak? jangan takut-ta

Jangan Makan Mee segera Mamee Perisa Itik! Kalau Tidak....

Imej
Tak begitu pasti pula Belalang sejak bila mi segera Mamee ada perisa itik. Kisahnya bermula pada pertengahan bulan lepas ketika Belalang sedang membeli beberapa barang dapur di Giant Kulim. sebagai penggemar mi segera, Belalang akan pastikan bekalan stok Belalang terhadap makanan ini sentiasa ada. Jadi Belalang pun tinjau-tinjau la ke bahagian sudut me segera. Biasanya Belalang beli mi goreng jenama sedap sebab memang betul sedap pun. Belum sempat Belalang masukkan meggi sedap dalam troli, tiba-tiba Belalang terpandang mi segera Mamee berperisa itik ini.  "Sedap ke? Cuba sekali tengok. Mungkin kena dengan tekak aku nanti" Terus Belalang letak balik meggi sedap dan capai pula meggi itik ini. Kisah di rumah pula, lepas beberapa hari meggi itik ni terperap di rak-rak dapur maka tibalah harinya untuk Belalang mencuba rasanya. Disebabkan ketika itu level malas Belalang berada pada tahap maksimum, Belalang hanya rendam meggi itu dengan air panas tanpa masukkan apa-ap