Sambil tulis entry, sambil pekena satay... perh! memang nikmat. Ops, lama tak tulis entry, tiba-tiba tulis mukadimah terus cerita pasal makan. Maaf ye, tapi memang entry ni ada kaitan dengan makanan.
Suka makan di luar tak? maksud Belalang makan di gerai atau restoran? Belalang kebelakangan ni kerap betul makan di luar rumah. Mrs.Belalang sibuk sangat baru-baru ni. Jadi sebagai suami yang penyayang (wek!) Belalang pun tak benarkan Mrs.Belalang masak. Sebaliknya kami makan di luar sahaja.
Tengah hari tadi Belalang singgah makan ke satu restoran nasi ayam. Jika dilihat dari luaran seperti cara hias dan konsep restoran ni yang kelihatan gah, sememangnya mampu menarik perhatian orang-orang yang sedang kelaparan seperti Belalang untuk singgah dan makan.
Cantik betul hiasan di restoran ini. Daricat warna dinding, perabot dalaman dan cara layanan dari pelayan, sememangnya Belalang beri markah penuh. Belalang pun pesan nasi ayam black papper, sementara Mrs.Belalang makan mee kuah (kalau tak silap).
Lebih kurang 10 minit macam tu, menu yang kami pesan pun sampai ke meja. Belalang pun seperti biasa, tangkap dulu gambar makanan tu sebelum makan dengan harapan dapat buat sedikit review di mana-mana blog Belalang.
Sebaik sahaja Belalang suap makanan ke mulut, terasa kecewa sedikit. Bukanlah bermaksud makanan tu tak sedap sangat. Cumanya Belalang rasa tahap sedapnya nasi ayam yang Belalang nikmati tu, tak dapat menandingi dengan imej restoran tersebut. Seperti tukang masak ini terlupa nak masukkan sesuatu bahan dalam makanannya.
Begitu juga dengan mee yang sedang di nikmati oleh Mrs.Belalang, rasanya agak mengecewakan. Mungkin juga silap Belalang kerana meletakkan harapan yang tinggi pada restoran ini ketika pertama kali jejak kaki ke sini.
Ketika mahu membayar bil baru Belalang perasan, restoran secantik ini tidak mempunyai pelanggan yang ramai. Sebab apa ye?
Jadi Belalang buat kesimpulan sendiri. Kedai makan yang cantik, tidak mampu menarik pelanngan seandainya makanannya terasa
hampeh kurang sedap. Sebaliknya jika kedai yang dihias dengan ala kadar, tapi makanannya memenuhi citarasa pelanggan, walau tak cantik orang akan tetap datang untuk makan.
Sependapat dengan Belalang tak? Ke Belalang yang salah? Sudi-sudi kongsikan pendapat
Terima kasih kerana membaca...