Budak 8 Bulan Yang Meletihkan


Baru sahaja beberapa hari lepas usia si kecil ini dah 8 bulan. Walaupun baru 8 bulan, tapi nakalnya mengalahkan kakaknya Belalang Jr. Pening Belalang dan Mrs.Belalang melayan karenah dia.

Selain daripada Belalang dan Mrs.Belalang, baby cukup takut dengan orang lain. Tak kiralah, sepupu dia ke, Mak Tok dan Tok Wan ke, Pakcik Makcik ke, dengan siapa pun dia tak mahu. Sangat berbeza dengan Belalang Jr. yang sedari kecil tak kisah langsung dengan sesiapa.

Nasib baiklah kami ni bekerja sendiri. Kalau hantar kepada orang lain untuk jaga, mau angin satu badan juga orang tu nak dengar baby ni menjerit setiap hari dan setiap masa.

Satu lagi perangai baby yang tersangatlah 'comel' ni, tangan dan kakinya cukup cepat mencapai apa sahaja yang menarik perhatian dia. Tak dapat dengan tangan, dengan kaki pun boleh :)

Agaknya bagaimana ya caranya supaya baby tak takut dengan orang lain? Kalau baby tak takut dan mudah mesra dengan orang, senanglah kerja Belalang dan Mrs.Belalang nak tinggal dia dengan Mak Tok atau macik dia ketika kami keluar selesaikan beberapa urusan penting.

Tolong kejap beri idea yang bernas kawan-kawan... ngee

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. biasanya baby kalau dr kecil dah biasa dgn org dia akan mudah
    baby yg membesar dgn persekitaran ibubapa mg x nak dgn org
    ada kelebihan juga x suka dgn org nih.. :)

    cadangan - tinggal dgn org sebulan :)

    BalasPadam
  2. assalam belalang..ehem eloklah dia aktif..org kata..kanak2 yg aktif bila besar,bijak orgnya !!..dia nak tolong nurul mengemas kot..he2x..

    BalasPadam
  3. singgah pagi..hehe, comel je family belalang nie :)

    BalasPadam
  4. Salam.. Sbb belalang kerja sendirilah dia xmo org lain. Selalu bw dia ke tmpt ramai org spt taman , mall dan biar dia ada dgn kanak2 atau org lain walau berteman itu buat dia rasa selamat.

    Ank2 ni rasa x secure bila dgn org lain sbb tu dia x mau

    BalasPadam

Catat Ulasan