Autoblogwalking 2013 | Ada Yang Kisah?


Autoblogwalking datang lagi? Rasanya kali ini ia lebih bersistematik dan diterima ramai. Walaupun autoblogwalking pernah ditentang satu masa lalu, tetapi mengapa ia datang lagi?

Sebenarnya Belalang rasa tiada siapa lagi yang nak bising-bising pasal auto blogwalking kerana rata-ratanya blogger pada hari ini dilihat tidak lagi menjadikan blogwalking sebagai sesuatu yang wajib dilakukan seperti beberapa tahun sudah.

Mungkin juga autoblogwalking ini boleh dibiarkan memandangkan kebanyakkan yang mengguna adalah terdiri daripada peniaga online yang berusaha mencari pendapatan.

Cumanya satu yang Belalang tak berkenan adalah cara mereka meninggalkan mesej. Tak payah la nak tipu-tipu tulis dah klik iklan bagai, padahal datang pun tidak.

Ingat, internet memang lubuk duit. Tapi nak buat duit carilah jalan yang diberkati. Tak guna dapat duit iklan banyak tapi gunakan cara salah!

Sekadar teguran ikhlas dari blogger kepada blogger :)

Terima kasih kerana membaca...

Ulasan

  1. autoblogwalking... pernah dgr suatu ketika dulu.

    BalasPadam
  2. Setuju sangat dengan cik belalang.

    BalasPadam
  3. sekarang sume benda nak auto , autolike , autofollower , auto blogwalking . :3

    BalasPadam
  4. hmmm.. no komen. setakat ni mia blogwalking cara manual...

    BalasPadam
  5. tak tahu apa itu autoblogwalking.

    BalasPadam

Catat Ulasan