Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 1, 2013

Minggu Sibuk Bagi Tahun 2013

Imej
Minggu lepas adalah minggu-minggu yang paling sibuk bagi Belalang untuk tahun 2013. Manakan tidak, Belalang telah menyewa satu slot kedai pada satu program anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi nama Kulim AgroFest. Tujuh Hari program ini berlangsung dengan pelbagai program menarik disusun bagi menarik orang ramai datang ke sini. Belalang yang menyewa satu tapak berkeluasan 20'x10' membawa barang-barang jualan kedai Belalang dan juga memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan. Walaupun Belalang dah berniaga selama 5 tahun, namun begitu masih ada juga yang bila datang ke kedai Belalang akan berkata, "eh, ni kedai baru ka? Awat tak pernah nampak pun sebelum ni?" =.=! Sebahagian barangan dari kedai yang dibawa ke tapak pesta. Bekas-bekas sewaan untuk kahwin, gubahan manisan dan juga contoh-contoh sirih junjung Tak mahu mengharapkan hanya pada perkhidmatan kedai, Belalang juga turut menjual kolagen rumpai laut ungu grea AAA atau lebih dikenali dengan