5 Smartphone 2GB RAM Yang Murah

Sedang mencari 'smartphone' 2gb RAM yang murah? Belalang juga sedang mencari sebuah telefon baru. sebelum ini Belalang gunakan Lenovo tab A3000.

Dalam mencari-cari telefon yang memiliki RAM 2gb dengan harga yang berpatutan, Belalang ada memuat naik satu status di Facebook bertanya pendapat kawan-kawan.

Tak sangka pula ramai juga yang membantu memberikan pendapat. Mudahlah sedikit untuk Belalang membuat pilihan.

Berikut adalah 5 Telefon Bimbit smartphone 2gb RAM harga murah yang telah dicadangkan oleh kawan-kawan Facebook.





Lenovo Vibe P1M

1) Lenovo Vibe P1M (RM599)

Memandangkan Belalang pernah menggunakan peranti dari jenama ini, jadi sedikit sebanyak Belalang sudah tahu tentang jenama Lenovo yang memang boleh dimiliki. Keseluruhannya spesifikasi model Vibe ini agak memuaskan hati dengan kapasiti bateri 4000 MaH. pasti tahan lama punya. Untuk mengetahui spesifikasi lengkap, klik sini (klik).





OPPO Joy 3

2) OPPO Joy 3 (RM398)

OPPO Joy 3 ini sebenarnya hanya memiliki 1gb RAM dan ruang storan dalam hanyalah 4gb. Tetapi memandangkan ia salah satu cadangan dari kawan Belalang, pastilah telefon ini tetap memiliki kelebihannya tersendiri. Malah jika dilihat pada harga, pasti ia sangat berbaloi untuk dimiliki. Untuk mengetahui spesifikasi lengkap, klik sini (klik).





xiomi mi note 3

3) Xiomi Redme Note 3 (RM 687.00)

Abang ipar Belalang baru sahaja memiliki model telefon ini. Ketika Belalang mencubanya, memang terasa sangat teruja. Manakan tidak kamera dan saiz baterinya (5000 MaH) dengan harga begitu, memang berpatutan untuk dimiliki. Untuk mengetahui spesifikasi lengkap, klik sini (klik).





Asus Zenfone Go

4) Asus Zenfone Go (RM488)

Antara telefon yang hampir membuatkan Belalang membeli tanpa berfikir panjang. Selain memiliki RAM 2gb, paparan telefon ini juga dikatakan cantik. Untuk mengetahui spesifikasi lengkap, klik sini (klik).





Asus Zenfone 2

5) Asus Zenfone 2 (RM598)

Satu lagi telefon dari jenama Asus. hampir sama spesifikasi antara 1 dengan yang lain telefonnya. Tetapi jika diteliti sememangnya memiliki sedikit perbezaan samada pada kamera ataupun bateri. Untuk mengetahui spesifikasi lengkap, klik sini (klik).


Itulah antara smartphone 2gb RAM yang dicadangkan. Mungkin masih banyak terdapat smartphone 2gb RAM yang berpatutan berada di pasaran. Pastikan anda melakukan survey sucukupnya sebelum menimbang untuk membeli mana-mana model.

Terima kasih kerana membaca

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gelap Lagi?

Cara Membuka Dua Akaun Facebook Pada Telefon Pintar

Jangan Makan Mee segera Mamee Perisa Itik! Kalau Tidak....