Chicken Chop Homemade Oleh Mrs.Belalang

Dah lama tak makan chicken chop tetapi semalam hajat nak rasa makanan barat tu tercapai juga apabila Mrs.Belalang buatkan chicken chop homemade khas untuk Belalang.

Mrs.Belalang selalu juga buatkan chicken chop kepada Belalang sebelum ni. Tetapi sejak dapat baby baru (dah 5 bulan usianya) memang dah jarang dia manjakan Belalang begini.

Chicken Chop Homemade Oleh Mrs.Belalang

Sengaja tomato dilebihkan sebab Mrs.Belalang memang tahu Belalang suka sangat makan tomato. Kuah black papper juga dikurangkan mengikut citarasa Belalang.

Satu yang kurang adalah roti dicelup tepung rangup. Biasanya Mrs.Belalang akan letak sekali bersama chicken chop. Tapi semalam mungkin kerana tiada roti di rumah.


Rasanya kuahnya sedikit masin. Manakala coseslaw pula sedikit manis. terlajak gula katanya. Tapi keseluruhannya sedap hingga menjilat pinggan.

Untuk resepinya pula, minta maaflah kerana tak dapat nak kongsikan. Belalang hanya tahu melahap, Mrs.Belalang yang sediakan... Ngee

Tapi Kalau ada yang mahu, nanti Belalang minta pada Mrs.Belalang. Dah dapat Belalang kongsikan disini :)

Terima kasih kerana membaca.

Ulasan