Nostalgia Bisnes Aiskrim Malaysia Yang Lumayan

Baru-baru ini Belalang ada menulis tentang aiskrim sumi | aiskrim jelly | mudah disediakan. Tak sangka pula entry tersebut menjadi carian yang hot dari Google.

Jika belum membaca, sudi-sudilah untuk membacanya dengan klik pada tajuk tersebut.

Nostalgia Bisnes Aiskrim Malaysia Yang Lumayan

Sebenarnya aiskrim Malaysia ini ada nostalgia untuk Belalang. Di zaman-zaman masih bersekolah, Belalang pernah membantu Mama Belalang menjual aiskrim Malaysia pada kanak-kanak dan kawan-kawan sekitar taman tempat tinggal kami.

Rumah Belalang hanya berselang beberapa buah sahaja dari padang permainan. kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh Mama membuat aiskrim Malaysia dalam membantu menampung perbelanjaan keluarga kami.

Pelbagai perisa yang disediakan seperti Milo, jagung, asam boi, anggur dan lain-lain lagi. Harganya pula hanyalah 10 sen.

walaupun hanya perniagaan sampingan (part time), tetapi pendapatannya boleh dikira lumayan pada waktu itu.

Dalam sehari Belalang mampu membantu Mama membuat jualan hingga RM3-RM5.

Waktu paling laris adalah sekitar pukul 4 petang hingga 7 malam kerana pada waktu itu kanak-kanak paling aktif bermain di padang permainan.

Hasil daripada jualan itu dapatlah Mama Belalang berikan kepada kami adik beradik untuk perbelanjaan sekolah dan sebagainya.

Dalam pada seronok dengan bisnes aiskrim ni, ada juga yang tak bestnya...

Mana tidak, lepas habis makan aiskrim biasanya plastik-plastik aiskrim ni budak-budak buang atas padang macam tu sahaja.

Nak tak nak Belalang la yang pergi kutip semua sampah-sampah tu dan buang di tempat sepatutnya.

Apa-apa pun bisnes aiskrim Malaysia memang menyeronokkan dan lumayan jika kena dengan caranya.

Selain kos yang murah, ia sentiasa ada permintaan lagi-lagi pada musim panas macam sekarang ini.

Malahan, pengusaha bisnes aiskrim Malaysia pada masa kini juga mampu memperolehi pendapatan yang lebih stabil. Anda tak percaya?

Cuba anda lihat sendiri di bawah ini:

Nostalgia Bisnes Aiskrim Malaysia Yang Lumayan

Hanya dengan bisnes aiskrim malaysia dizaman ini, dijalankan pada Sabtu dan Ahad, pendapatan sebulan sekitar RM10k! Omak aih... Manager bank pun tak gaji banyak ni.

Tetapi ini memang realiti.

Dan sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana memulakan bisnes aiskrim dengan pendapatan lumayan tanpa perlu berhenti kerja serta-merta, anda boleh klik pada gambar dibawah


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Terima kasih kerana membaca.

Ulasan