Catatan

Tunjukkan catatan dari April 1, 2016

Petua Untuk Anak Tak Mahu Tidur Malam

Imej
Sekitar tahun 2012, Belalang pernah menulis satu entry bertajuk Anak Tak Mahu Tidur Malam | Apa Sebabnya? Disebabkan dengan penulisan itu, sehingga ke hari ini Belalang selalu menerima mesej di Facebook bertanyakan alamat ustaz yang mengubati anak sukar tidur malam . Ini la budak yang kecik-kecik dulu susah tidur malam. Sekarang dah besar :) Rupa-rupanya ramai dikalangan ibu bapa yang menghadapi masalah anak tak dapat tidur malam sama seperti Belalang hadapi. Kepada yang bertanyakan tentang ustaz tersebut, Belalang minta maaf sangat-sangat kerana tidak memberikan apa-apa jawapan. Ustaz yang mengubati anak Belalang, selepas segalanya selesai, Belalang tak tahu ke mana dia pindah. Minta maaf sangat-sangat. Tetapi ada satu petua yang pernah dikongsikan oleh ustaz tersebut kepada Belalang. Bukan petua tetapi ia lebih kepada amalan yang perlu dibuat jika anak anda terutama bayi yang masih kecil menangis tanpa henti diwaktu malam. Caranya adalah dengan azankan ke teling

Piko Si Kucing Jalanan

Imej
Ini Piko si kucing jalanan . Sangat nakal, penakut dan manja sangat-sangat dengan orang. Tak kisah langsung dilanyak oleh anak-anak. Kisah Piko ni bermula di pasar malam Kulim. Sewaktu sedang membeli sayur, anak kucing ni datang mengiaw di kaki. Belalang buat tak endah saja sebab memang tak mahu bela kucing memandangkan anak-anak masih kecil dan ada sejarah athma. Tetapi rupanya anak Belalang yang nombor dua tu dah pun kendong anak kucing ni sepanjang berjalan dalam pasar malam tu. Kucing ni pun macam tahu-tahu yang ia akan selamat dibela oleh kami. Dia diam saja tak cuba nak lari. Waktu naik kereta pun tak macam sesetengah kucing liar, takut-takut. Kini dah hampir sebulan kami membelanya. Walaupun Belalang tak mahu pada awalnya, tetapi demi anak-anak Belalang beralah. Jangan tanya mengapa namanya Piko sebab Belalang sendiri pun tak faham apalah sedapnya nama tu sampaikan anak-anak nak namakannya Piko. Harapnya jodoh Piko dengan keluarga kami panjang. Memanda